Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air.Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuk bersama buah pala tadi.Apabila sudah cukup lumat campurkannya pula dengan sebiji garam jantan.Selepas bahan- bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang ( dibuat seperti pais) dan dipanggang.Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian dilekapkan di bahagian terseliuh dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.
Tuesday, 6 December 2011
Merawat Terseliuh Dan Lebam
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air.Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuk bersama buah pala tadi.Apabila sudah cukup lumat campurkannya pula dengan sebiji garam jantan.Selepas bahan- bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang ( dibuat seperti pais) dan dipanggang.Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian dilekapkan di bahagian terseliuh dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.
Terlekat Cecair Getah Di Rambut
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat.Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah.Kemudian terus disikat.Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda.
Mengurangkan Panas Di Kepala
Ambil akar lalang, basuh hingga bersih.Rendamkan dengan air sejuk semalaman. Sapulah air itu di kepala keesokkannya.Anda akan rasa kesejukkan air rendaman akar lalang itu.Amalkan sekali seminggu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
