Jom Jana Pendapatan Hanya Dengan Klik

Tuesday 6 December 2011

Mengatasi kulit kepala Berkelemumur




- Basahkan kepala dengan santan kelapa.Pastikan santan itu rata di seruruh kepala.Biarkan seketika.Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai.Amalkan selalu,anda akan dapati rambut anda kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.InsyaAllah..


- Ambil limau nipis kemudian belah dua.Ramas hingga mengeluarkan air.Ini dilakukan di atas kepala anda.Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo.InsyaAllah ia sangat  berkesan dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.


- Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan.
Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis.Balut kepala dengan tuala dan biarkan seketika.Setelah itu bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu sekali.InsyaAllah kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali bersinar.

No comments:

Post a Comment