Jom Jana Pendapatan Hanya Dengan Klik

Thursday 19 January 2012

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya "Gastritis", adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.Lazimnya keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria "helicobater  pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakkan ulser perut.


PENYEBAB GASTRIK


Perut meliputi kantong kosong yang berotot terletak di bahagian atas kiri abdomen,betul-betul dibawah rusuk.Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiriseperti kipas semasa perut kosong.Apabila anda makan,lipatan ini akan terbuka dan mengembang.Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot dinamakan sebagai "esofagus" sebelum sampai ke perut.Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjang pada dinding perut,dalam  masa yang sama merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan.Salah satu asid adalah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi.Bagaimanapun kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


GASTRITIS terbahagi kepada 2:


* Akut,apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mualdan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/uluhati.


*Kronik,terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang,cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


gastritis

No comments:

Post a Comment