Bagi lelaki yang mengalamai masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.Iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya.Kapur dan limau purut tadi dicampur dan digaul hingga sebati.Amalkan sapu sekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
Monday, 19 March 2012
Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalamai masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.Iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya.Kapur dan limau purut tadi dicampur dan digaul hingga sebati.Amalkan sapu sekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
Thursday, 19 January 2012
Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya "Gastritis", adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.Lazimnya keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria "helicobater pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakkan ulser perut.
PENYEBAB GASTRIK
Perut meliputi kantong kosong yang berotot terletak di bahagian atas kiri abdomen,betul-betul dibawah rusuk.Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiriseperti kipas semasa perut kosong.Apabila anda makan,lipatan ini akan terbuka dan mengembang.Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot dinamakan sebagai "esofagus" sebelum sampai ke perut.Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjang pada dinding perut,dalam masa yang sama merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan.Salah satu asid adalah asid hidroklorik yang bersifat hakis dan boleh melarutkan besi.Bagaimanapun kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
GASTRITIS terbahagi kepada 2:
* Akut,apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mualdan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/uluhati.
*Kronik,terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang,cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tuesday, 6 December 2011
Ubat Semput
Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. (daun mestilah yang hijau) , serta secubit kapur sirih.Ramaskan kedua-dua hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanan-kanak yang menghidap asma tadi.Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun,ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira- kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum.Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka.InsyaAllah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.
Merawat Terseliuh Dan Lebam
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air.Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuk bersama buah pala tadi.Apabila sudah cukup lumat campurkannya pula dengan sebiji garam jantan.Selepas bahan- bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang ( dibuat seperti pais) dan dipanggang.Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian dilekapkan di bahagian terseliuh dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.
Terlekat Cecair Getah Di Rambut
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat.Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah.Kemudian terus disikat.Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda.
Mengurangkan Panas Di Kepala
Ambil akar lalang, basuh hingga bersih.Rendamkan dengan air sejuk semalaman. Sapulah air itu di kepala keesokkannya.Anda akan rasa kesejukkan air rendaman akar lalang itu.Amalkan sekali seminggu..
Gigi Lebih Kuat
Tumbukkan sedikit halia dengan garam.Setelah itu campurkan dengan air.Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari.InsyaAllah gigi anda akan menjadi lebih kuat.
Elakkan Tangan Melepuh
Setelah membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah.Kecil atau besar.Setelah itu,lumurkan pada tapak tangan.Lakukan kerja yang dimaksudkan tadi.InsyaAllah tangan anda akan terelak dari melepuh.
Merawat Kudis Api
Ambil beberapa Urat Akar Tuba.Setelah itu tumbuk sehingga lumat.Campurkan dengan sedikit santan kelapa.Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang.Cubalah untuk memastikan kejayaannya..InsyaAllah..
Mengubati Demam Selesema
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas- ramas di dalam semangkuk air.Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya.Sapukan hingga anak anda kembali selesa.InsyaAllah kesannya kembali memuaskan.
Melicinkan Betis
Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga 5minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam.Cubalah beberapa kali dalam sebulan.InsyaAllah..
Mengatasi kulit kepala Berkelemumur
- Basahkan kepala dengan santan kelapa.Pastikan santan itu rata di seruruh kepala.Biarkan seketika.Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai.Amalkan selalu,anda akan dapati rambut anda kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.InsyaAllah..
- Ambil limau nipis kemudian belah dua.Ramas hingga mengeluarkan air.Ini dilakukan di atas kepala anda.Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo.InsyaAllah ia sangat berkesan dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
- Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan.
Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis.Balut kepala dengan tuala dan biarkan seketika.Setelah itu bilas dengan air bersih.Amalkan seminggu sekali.InsyaAllah kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali bersinar.
Lemah Rasa Badan
Ambilkan daun pegaga dan campurkan dengan air suam.Setelah direndam beberapa ketika,
perahkan daun pegaga itu.Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu.Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula..InsyaAllah..
Petua merawat buang air besar berdarah
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat.Setelah itu, campurkan dengan segelas air
suam dan minum.Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.
Monday, 28 November 2011
susu penuh krim @ susu rendah lemak?
kamu suka minum susu? jadikan kebiasaan kamu itu lebih dengan mengamalkan susu rendah lemak atau tanpa lemak. ia kaya dengan kalsium berbanding susu penuh krim. selain menguatkan tulang,kalsium turut berfungsi membakar lemak dalam kadar yang lebih banyak.
BERDIET SUDAH...LANGSINGNYA TIDAK ! MENGAPA?
+ kadar lemak yang berlebihan
+ tidak pernah atau jarang bersarapan
+ tidak rajin mencatat di dalam diari diet tentang apa yang dimakan setiap hari
+ kadar gula berlebihan dalam tubuh
+ kurang makan kekacang
+ pengambilan kalsium tinggi lemak

Sunday, 27 November 2011
RAWAT TUMIT DENGAN BAWANG PUTIH
* Ambil 3 siung bawang putih dan kupas kulit luarnya
* tumbuk sampai halus,kemudian titiskan sedikit air agar ia menjadi lembut
* sapukan pada bahagian tumit yang pecah-pecah dan biarkan semalaman
* di pagi hari, bersihkan tumit dengan air sejuk. kemudian sapukan madu yang berfungsi sebagai losen
p/s:selamat mencuba agar tumit anda menjadi lembut dan cantik
KENALI NYAMUK AEDES
# senang dikenali melalui belang hitam putih di badan dan kakinya
# ia biasa menggigit mangsa pada awal waktu pagi dan senja
# membiak di dalam takungan air bersih sama ada di dalam atau di luar rumah
# kitaran hidup nyamuk hanya mengambil masa 1 minggu sahaja daripada telur - jentik2 - kepompong - nyamuk dewasa
# oleh itu kita hendaklah memutuskan kitaran hidup nyamuk aedes dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran.
# telur nyamuk aedes tahan selama 6 bulan sekiranya berada di tempat yang kering.
petua rasullulah
Amalkan selalu berjalan kaki. baginda selalu berjalan ke masjid,pasar,medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. dengan berjalan kaki keringat akan mengalir,pori-pori tubuh akan terbuka dan peredaran darah lancar. ia mampu mencegah pelbagai penyakit jantung.
DEMAM DENGGI
–Aedes Aegypti- penyebar utama virus denggi & dmm kuning (YF)
–Aedes Albopictus- kadang kala mybrkn virus denggi
4 related viruses :
•Den-1
•Den-2
•Den-3
•Den-4
Vektor penyakit DD/DHF, CHIKUNGUYA & YELLOW FEVER
TANDA-TANDA DEMAN DENGGI
- DEMAN KUAT SECARA MENGEJUT
- DEMAM BERTERUSAN
- SAKIT TERUK PADA TULANG-TULANG,OTOT,SENDI DAN BIJI MATA
- RUAM ATAU BINTIK MERAH
- PENDARAHAN DI BAWAH KULIT DAN PADA HIDUNG SERTA GUSI
- SAKIT KEPALA
-HILANG SELERA MAKAN
-MUNTAH-MUNTAH
-SAKIT PERUT
-GATAL-GATAL PADA BADAN
Subscribe to:
Posts (Atom)